Instagram Reels merupakan ciri yang membolehkan pengguna menyunting dan berkongsi video pendek menarik yang menggunakan pelbagai audio, latar belakang dan penuras khusus. Berbeza dengan Stories, ia tidak akan hilang secara automatik selepas 24 jam malahan boleh diakses untuk berulang kali.

Terbaharu beberapa kemaskini telah dibuat melaluinya bertujuan bantu memudahkan pengguna untuk menghasilkan video. Misalnya seperti klip video, audio, pelekat dan teks kini telah dihimpunkan dalam satu skrin yang lebih kemas. Ini sekaligus memudahkan proses suntingan dan penetapan masa yang sesuai untuk pelekat atau teks dipaparkan pada kandungan video.

Seterusnya kemaskini baharu turut membolehkan pengguna memanfaatkan sepenuhnya trend semasa di Instagram. Ini bermakna pengguna boleh ketahui kandungan, topik, tanda tagar dan audio yang sedang sohor kini seterusnya menggunakannya di dalam video bagi mencapai lebih banyak jumlah tontonan.
Bukan itu sahaja, sebanyak dua metrik baharu baharu seperti jumlah dan purata masa tontonan telah ditambah menerusi Reels Insight. Hal ini bertujuan membantu pengguna memahami jenis kandungan yang boleh meraih tontonan lebih lama.

Situasi menjadi lebih menarik di Reels yang membenarkan penonton menghantar hadiah kepada pencipta kandungan diminati. Ini akan boleh merapatkan lagi hubungan yang baik dalam kalangan penonton dan pencipta kandungan.
- Sumber
- Meta