Kita sudah berada di zaman di mana gajet seperti telefon pintar tidak lagi berlumba-lumba pengeluar mana boleh hasilkan peranti paling nipis. Sebaliknya masing-masing mengejar komponen yang lebih kecil, alternatif dan lain-lain bagi mengekalkan kualiti dan mengurangkan kos.
Apple baru-baru ini dilaporkan akan menggunakan panel OLED hibrid yang lebih nipis untuk iPad Pro 2024. Ini bukan bermakna rekaan iPad itu lebih nipis, tetapi panel skrin yang digunakan direka dengan lebih nipis iaitu menggabungkan substrat kaca tegar OLED dengan pengkapsulan filem-nipis OLED.

Kaedah ini membolehkan kos penghasilan panel OLED dikurangkan kerana ia tidak lagi memerlukan lapisan backlight. Kebiasaannya panel OLED menggunakan substrat kaca tegar di atas dan di bawah tetapi OLED hibrid menggantikan lapisan atas dengan pengkapsulan filem-nipis OLED. Ini menjadikan panel OLED senipis 0.2mm berbanding 0.5mm.
Teknologi OLED hibrid ini dihasilkan oleh LG. Bagi memastikan panel lebih kukuh teknik punaran dan potong serentak dilakukan. Teknologi OLED sedia ada sekarang adalah Gen 6 yang mana LG akan terus menggunakannya untuk iPad dan Gen 8 yang hibrid ini akan digunakan bersama untuk iPad Pro 2024.
- Sumber
- MacRumors