Carian
Kecerdasan Buatan Adobe Firefly Kini Menyokong Video Dan Audio
April 18, 2023 Effi Saharudin

Kecerdasan buatan Adobe Firefly diumumkan bulan lalu dengan ia berkemampuan menjana imej berdasarkan teks yang diberikan oleh pengguna. Kini Adobe mengumumkan Firefly juga menyokong aplikasi video dan audio mereka pula.

Dengan Firefly, suntingan video dapat dipercepatkan dengan pengguna memberikan teks bagaimana warna boleh diubah. Video boleh diterangkan dan diberikan color grading yang dikehendaki dengan pantas. Berdasarkan input skrip pula, Firefly boleh menghasilkan storyboard yang bersesuaian bagi memudahkan visualisasi kandungan yang ingin dihasilkan.

Ia turut boleh memberikan saranan video b-roll yang boleh digunakan berdasarkan video yang telah dirakam sebelum ini. Animasi untuk teks juga boleh dihasilkan oleh Firefly bersama dengan sari kata. Akhir sekali muzik untuk video juga boleh dijana oleh Firefly menggunakan input teks. Audio yang dihasilkan kemudian boleh digunakan tanpa perlu risau mengenai royalti yang perlu dibayar.

Adobe Firefly akan diberikan kepada pengguna menjelang penghujung 2023. Pada waktu pengguna yang berminat boleh memohon bagi mendapatkan akses awal Firefly Beta menerusi pautan di bawah.

Komen