Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai kelebihan yang boleh dimanfaatkan untuk sebuah peranti dengan saiz skrin dan kapasiti bateri yang besar. Ia bukan sahaja memudahkan penggunau untuk menikmati tontonan yang memuaskan. Malahan turut memudahkan penggunaan tanpa perlu peranti dicas dengan kerap.

Berkongsi dengan lanjut Huawei Enjoy 60X telah dilancarkan di China sebagai sebuah peranti terkini dengan skrin dan bateri yang besar. Melaluinya skrin sebesar 6.95-inci bertakuk lebar digunakan pada peranti. Ianya sejenis rata yang kemudiannya dicantum pula dengan tubuh peranti yang berkotak.

Ia juga merupakan peranti 4G yang dijana dengan cip Snapdragon 680 yang turut digabungankan dengan storan dalaman mencapai 512GB. Pilihan memori bagaimanapun tidak pula didedahkan yang mana keadaan sama turut berlaku pada siri Huawei Nova 11 sebelum ini. Peranti juga menjalankan HarmonyOS 3.0 yang merupakan sistem operasi terkini daripada Huawei sendiri.

Seterusnya dwi-kamera utama 50MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP disertakan pada peranti. Bateri 7000mAh dengan sistem pengecasan 22.5W disertakan turut menjadi nilai tambahan pada peranti. Tiada harga jualan yang didedahkan buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd