Xiaomi 13 Ultra dilancarkan sebentar tadi sebagai peranti mercu fotografi terbaik ditawarkan oleh Xiaomi tahun ini. Untuk menyokong kemampuan fotografinya, Xiaomi melancarkan aksesori kerangka khas yang mengubah telefon pintar ini menjadi seakan sebuah kamera digital sebenar.

Kerangka ini bukan sahaja melindungi tubuh peranti daripada kotoran dan hentakan tetapi turut menawarkan penuras 67mm untuk sistem kuad kamera yang digunakan. Terdapat sebuah tempat pemegang untuk memberikan keselesaan semasa menggunakan 13 Ultra sebagai sebuah kamera.

Di pemegang terdapat butang pengatup kamera dan mengawal zum secara manual. Dengan ini kamera Xiaomi 13 Ultra boleh digunakan sebagai sebuah kamera tanpa skrin disentuh. Aksesori ini hadir dengan penutup lensa kamera, tali lanyard, lensa penuras dan set kerangka penuh. Harga jualan di China ialah RMB 999 (~RM 644) untuk set lengkap .