TNB Menawarkan Pengecasan TNB Electron Untuk Kereta Elektrik Secara Percuma Selama 4 Hari Sempena Raya
April 18, 2023
Automotif
Aman
Selari dengan penawaran tol percuma, kini Tenaga Nasional turut mengumumkan penawaran akses kepada pengecasan kereta elektrik mereka dibawah TNB Electron secara percuma selama 4 hari.
Penawaran percuma ini adalah pada 19 sehingga 21 April 2023 ini, dan juga pada 24 April 2023. Seperti biasa, pengguna perlu menggunakan aplikasi Go To-U untuk mengakses pengecas ini, tetapi tidak akan dikenakan caj sepanjang tempoh percuma ini.

Buat masa ini, pengecas TNB Electron ini tersedia di 3 lokasi R&R di lebuhraya, iaitu di Ayer Keroh (Arah Utara), Tapah (Arah Utara) dan juga Paka (Arah Utara).
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.