Ookla kini telah mengeluarkan laporan jalur-lebar talian tetap untuk suku pertama 2023 lepas, sekaligus memperlihatkan TIME menduduki tangga teratas dalam penawaran jalur-lebar talian tetap pada pelbagai aspek.
TIME dilihat menawarkan kadar kelajuan median paling tinggi, pada kelajuan mencapai 107.56Mbps, sekaligus mendahului Maxis dan TM (Unifi). Kelajuan median yang ditawarkan Maxis adalah sekitar 90.92Mbps, sementara TM pada 87.39Mbps.
Disamping itu, masa pendam TIME juga adalah paling rendah – iaitu 9ms, berbanding Maxis pada 13ms dan TM pada 16ms.
TIME dilihat lebih konsisten berbanding kedua-dua yang lain, dengan kadar konsisten mencapai 88.3% yang menawarkan kadar muat-turun minimum 25Mbps dan muat-naik sekurangnya 3Mbps. Kadar konsisten yang dicapai Maxis adalah 85.9% sementara TM adalah 84.4%.
Untuk bulan Mac 2023 lepas, secara keseluruhan, kadar muat-turun median untuk jalur-lebar talian tetap yang dicapai di Malaysia adalah 93.81Mbps, serta muat-naik 51.39Mbps, dengan masa pendam 7ms.