Carian
Netflix Kini Mempunyai 232.5 Juta Pelanggan Dan Menangguh Halangan Perkongsian Kata Laluan
April 19, 2023 Effi Saharudin

Setahun yang lalu ramai mengatakan Netflix akan berkubur kerana jumlah pelanggan berkurangan buat pertama kali dalam sejarah menyebabkan nilai sahamnya juga terjejas. Tetapi hari ini mereka mengumumkan mempunyai 232.5 juta pelanggan berbayar yang merupakan peningkatan 1.75 juta pelanggan berbanding suku yang lalu.

Yang menariknya bagi Netflix ialah pendapatan daripada langganan pelan dengan sokongan iklan kini adalah lebih tinggi berbanding pelan langganan asas tanpa iklan. Kerana sambutan yang menggalakkan ini, Netflix bercadang memberikan penstriman HD penuh dan pada dua peranti serentak pada pelan dengan sokongan iklan. Sebelum ini ia dihadkan kepada HD sahaja dengan satu strim. Pelan ini masih lagi tidak akan menawarkan keseluruhan katalog Netflix kepada pelanggan.

Serentak dengan pengumuman hari ini, Netflix berkata mereka akan menangguh pelan mengharamkan perkongsian kata laluan di Amerika Syarikat yang telah diuji di Kanada, New Zealand, Portugal dan Sepanyol.

Komen