Cari @ Amanz

Pengimejan Resonan Magnet (MRI) ialah peralatan yang penting dalam dunia perubatan kerana boleh mengesan kehadiran tumor dalam tubuh manusia. Sejak dicipta pada tahun 1977, ia adalah peralatan yang berguna ketiga melakukan diagnosis. Tetapi antara isu dengan MRI ialah ia tidak mempunyai resolusi yang cukup tinggi untuk mengesan objek yang bersaiz kecil. Tumor yang terlalu kecil misalnya hanya boleh dikesan selepas ia membesar.

Saintis dari Duke University’s Center for In Vivo Microscopy, University of Tennessee Health Science Center, University of Pennsylvania, University of Pittsburgh dan Indiana University telah berjaya membangunkan teknik MRI baharu yang meningkatkan ketajaman imej sehingga 64 juta kali ganda berbanding sekarang. Dengan imej yang beresolusi lebih tinggi, saintis boleh melihat perubahan pada otak mengikut usia untuk memahami penyakit seperti Alzheimer

Ia cukup mengimbas imej bersaiz sekecil 5 mikron. Dalam ujian yang dilakukan, sistem pengaliran darah dalam otak seekor tikus berjaya diimbas dengan jelas. Sesuatu yang mustahil dilakukan menggunakan teknologi MRI biasa.

Untuk mencapai tahap keperincian yang tinggi ini, MRI dengan magnet 9.4-Tesla digunakan yang adalah sehingga 6 kali ganda lebih berkuasa berbanding mesin MRI semasa. Gegelung pada mesin juga adalah 100 kali ganda lebih kuat dengan ia turut memerlukan sebuah komputer yang mempunyai kuasa memproses 800 komputer riba turut digunakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd