Cari @ Amanz

Kadang kala sukar mendengar apa yang dicakapkan oleh watak filem atau siri TV kerana tahap audio yang rendah. Apabila audio dikuatkan, tiba-tiba ia boleh menjadi bingit kerana audio selain dialog percakapan pula terlalu kuat. Ini adalah isu yang sudah berlarutan untuk tempoh terlalu lama. Oleh itu Prime Video menyelesaikan isu ini dengan ciri baharu Audio Boost.

Audio Boost boleh dipilih daripada menu audio kandungan Prime Video. Dua tetapan diberikan iaitu Boost Medium dan Boost High. Kecerdasan buatan dilakukan untuk menganalisa trek audio sesebuah kandungan. Ia kemudian mengesan situasi di mana audio perbualan boleh dikuatkan untuk ia didengari dengan lebih jelas.

Pada waktu ini Audio Boost hanya ditawarkan pada kandungan asli Prime Video seperti uTom Clancy’s Jack Ryan,The Marvelous Mrs. Maisel, The Big Sick, dan Beautiful Boy dengan perancangan ia akan dikembangkan ke lebih banyak lagi kandungan dalam masa terdekat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd