Cari @ Amanz

Sebelum telefon pintar Android menggunakan pengimbas cap jari, imbasan wajah menggunakan kamera atau sensor tambahan menyahkunci peranti semuanya menggunakan kata laluan, pin atau corak khas. Pengguna tegar Android pula akan memanfaatkan ciri Smart Lock kerana menawarkan lebih banyak kaedah menyahkunci peranti.

Antaranya adalah On-body detection yang tidak akan mengunci peranti jika mengesan ia berada berdekatan dengan badan pengguna. Trusted places pula menggunakan lokasi yang telah ditetapkan oleh pengguna. Misalnya tiba sahaja di pejabat atau apabila di rumah peranti tidak akan terkunci. Akhir sekali adalah Trusted devices yang mana apabila peranti Android berhubung dengan peranti lain menggunakan Bluetooth seperti laptop atau jam tangan pintar telefon tidak akan terkunci jika antara dua peranti ini berdekatan.

Terkini Smart Lock dilihat akan dijenamakan semula kepada Extend Unlock. Tidak pasti kenapa Google ingin mengubah nama ciri ini tetapi nampaknya ia akan berlaku dalam masa terdekat. Peranti Nothing Phone (1) saya apabila membuka Smart Lock ia hanya memaparkan laman kosong. Memberi petanda bahagian pelayan Google mungkin sedang dikemaskini.

Ciri seperti ini menggunakan kemaskini Google Play Services sahaja. Pada peranti Pixel terpilih Smart Lock telah pun menggunakan nama Extend Unlock dan masalah sama seperti saya turut berlaku bahagian tetapan ini hanya memaparkan laman yang kosong.

Adakah anda akan menggunakan ciri ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd