MediaTek kini dipercayai bakal hadir dengan cip pemprosesan baharu iaitu Dimensity 9300. Meskipun belum diumumkan secara rasmi namun ia menjadi bualan selepas tertiris menerusi salah satu perkongsian di Weibo.
Ia menunjukkan cip pemprosesan ini dipercayai menggunakan binaan 4nm dihasilkan oleh TSMC. Ini dipadankan pula dengan satu teras berprestasi tinggi yang berkemungkinan besar Cortex-X4 ARM digunakan. Seterusnya digabungkan pula dengan tiga teras Cortex-A715 dan empat teras Cortex-A515.
Ia juga dijangka menjadi pencabar kepada Snapdragon 8 Gen 3 akan datang. Seterusnya pembuatannya turut diperkatakan mendapat kerjasama daripada Vivo yang kelak digunakan pada model X100. Tetapi, sejauh mana kebenarannya? Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan hal ini.