Tesla Akan Membina 50 Supercharger Seluruh Malaysia Dalam Masa Tiga Tahun
Effi Saharudin
Tesla secara rasmi akan memasuki pasaran Malaysia dengan mereka telah mengiklankan beberapa ruang pekerjaan beberapa minggu lalu. Banyak persoalan mengenai kemasukan Tesla di Malaysia seperti adalah rangkaian pengecas mereka akan ditawarkan di Malaysia.

Menerusi ciapan yang dihantar oleh Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zahfrul menerusi media sosial hari ini, beliau mengesahkan Tesla akan membina sekurang-kurangnya 50 pengecas Supercharger mereka di Malaysia dalam tempoh 3 tahun. Daripada jumlah ini, sekitar 30% harusnya boleh digunakan oleh kenderaan elektrik pengeluar lain.
Dengan kenderaan elektrik semakin popular di Malaysia, sudah dapat dilihat isu mengenai kurangnya infrastruktur pengecas. Ketika musim perayaan, kekurangan ini akan melewatkan tempoh perjalanan kerana umum diketahui tidak seperti kenderaan ICE, kenderaan BEV mengambil masa yang lama untuk mengecas walaupun dengan pengecas ultra pantas.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.