Cari @ Amanz

Stability AI sedia menempa nama melalui penawaran Stable Diffusion untuk penjanaan gambar melalui penggunaan kecerdasan. Terbaru, dalam terus melabur pada arena kecerdasan buatan, kini mereka turut memperkenalkan model bahasa raya (large language model) tersendiri dalam bentuk sumber terbuka, dinamakan StableLM.

Buat masa ini, StableLM ditawarkan dalam bentuk alpha di GitHub. Model ini mengabungkan beberapa model sedia ada, termasuk dilatih menggunakan set data dari laman web seperti Wikipedia dan beberapa yang lain. Ia kini menyertakan penawaran parameter 3B dan 7B, disamping model dengan 15B dan 30B bakal ditawarkan tidak lama lagi.

Menggunakan StableLM, ia boleh digunakan dalam menjana respon berbentuk teks kepada pelbagai perakra, disamping turut digunakan dalam melakukan beberapa pengaturcaraan ringkas.

Stability AI menyatakan yang mana model bahasa raya akan menjadi salah satu teras utama dalam ekonomi digital, dan dengan penawaran ini mereka ingin memberikan suara dan kebebasan kepada semua.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran StableLM di HuggingFace, atau turut menyemak kod sumber di GitHub hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd