Cari @ Amanz

Seagate bersetuju membayar denda $300 juta (~RM 1.33 bilion) kepada Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kerana menjual cakera keras kepada Huawei. Selepas dimasukkan ke dalam senarai entiti, penjualan perkakasan dengan teknologi milik A.S kepada Huawei perlu mendapat kebenaran Jabatan Perdagangan terlebih dahulu.

Selepas disiasat, Seagate didapati bersalah menjual 7.4 juta cakera keras kepada Huawei antara Ogos 2020 hingga September 2021 yang bernilai $1.1 bilion . Menurut Seagate mereka menjualnya kerana merasakan kebenaran tidak diperlukan sekiranya cakera keras yang tidak dihasilkan di luar A.S. Oleh sebab itu mereka bersetuju menyelesaikan kes ini dengan membayar $15 juta setiap suku tahunan selama enam tahun.

Sebelum ini Huawei menerima bekalan cakera keras daripada Seagate, Western Digital dan Toshiba. Hanya Seagate meneruskan jualan selepas sekatan teknologi dikenakan ke atas Huawei kerana dituduh berkongsi teknologi milik Amerika Syarikat yang digunakan dengan tentera China.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd