Meta Membuang 4000 Lagi Pekerja Di Ambang Hari Raya
Effi Saharudin
Proses pengurangan tenaga kerja dalam industri teknologi berterusan semalam selepas 4000 lagi kakitangan Meta dibuang beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ini adalah gelombang kedua pengurangan tenaga kerja yang dilakukan Meta tahun ini dengan sasaran membuang 10,000 pekerja sepanjang 2023.

Pengurangan dilakukan dalam “Tahun Kecekapan” di Meta bagi mengurangkan kos serta kerugian kerana permintaan yang berkurangan pasca pandemik. Tahun lalu 11,000 kakitangan telah dibuang. Tetapi selepas melakukan penilaian mendalam, lebih banyak perlu dibuang. Dalam pusingan ini pekerja teknikal akan dibuang sebelum pusingan kedua melibatkan kakitangan bahagian perniagaan pula.
Pertaruhan Zuckerberg untuk memberikan tumpuan kepada metamesta masih belum menunjukkan hasil setakat ini dengan kerugian mencecah puluhan bilion. Industri teknologi secara amnya mengurangkan tenaga kerja sejak pertengahan tahun lalu kerana kemelesetan ekonomi, permintaan yang berkurangan pasca pandemik dan perubahan hala tuju syarikat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.