Carian
Sistem Penamaan Baharu Microsoft Untuk Penggodam Memudahkan Asal Usul Mereka Dikesan
April 20, 2023 Effi Saharudin

Dunia memerlukan internet untuk terus beroperasi tetapi terdapat banyak isu kerentanan yang digunakan oleh pihak tertentu untuk mencuri maklumat. Terdapat banyak kumpulan penggodam di atas talian yang sering dikaitkan dengan negara tertentu. Rusia misalnya terkenal dengan penggodam yang menggunakan perisian tebusan sementara Korea Utara pula mencuri kripto.

Microsoft Security pagi ini memperkenalkan sistem penamaan baharu untuk kumpulan penggodam yang dikesan oleh mereka. Ia menggunakan nama berasaskan cuaca seperti Blizzard, Sleet, Storm dan Tsunami. Ini kemudiannya diikuti oleh nama kedua yang diberikan secara rawak. Sistem baharu ini mirip yang digunakan oleh pelbagai jabatan meteorologi untuk menamakan ribut.

Terdapat juga penamaan khusus untuk penggodam yang baru dikesan atau tidak terkait dengan negara tertentu. Dengan sistem penamaan yang lebih jelas ini, usaha untuk menentang dan membendung serangan penggodam diharap dapat dipermudahkan.

Komen