Carian
Polestar 4 Menggantikan Cermin Belakang Kereta Dengan Skrin HD
April 20, 2023 Effi Saharudin

Teknologi digunakan untuk memajukan peradaban manusia. Dalam kereta misalnya pendingin hawa automatik, kamera belakang, parkir automatik dan skrin sisi sudah sudah menggantikan sistem analog. Polestar yang merupakan anak syarikat Volvo telah melancarkan SUV elektrik terkini mereka Polestar 4 yang tidak mempunyai cermin belakang langsung.

Bahagian belakang ditutup sepenuhnya dengan cermi pandang belakang yang digantung dalam kabin digantikan dengan skrin HD. Kamera yang diletakkan di bahagian belakang akan memaparkan imej pada skrin ini memberikan ilusi kenderaan masih mempunyai cermin belakang standard. Sistem yang diperkenalkan ini menimbulkan kontroversi tetapi sebenarnya tiada beza dengan dua skrin LCD pada sisi kereta Honda, Audio dan Lexus sejak dua tahun kebelakangan ini.

Polestar 4 dilengkapi motor elektrik dengan kuasa sehingga 400 kW (536 HP) dengan kemampuan memecut 0-100 kmj dalam masa 3.8 saat. Terdapat versi satu ataupun dua motor yang dipadankan dengan bateri 102-kWh. Jarak perjalanan boleh mencecah sehingga 600 km WLTP. Pengecasan pantas 200-kW DC dan 22-kW AC disokong.

Kokpit dilengkapi skrin 10.2″ untuk pemandu, 15.4″ untuk sistem info hibur dan sistem HUD 14.7″ pada cermin hadapan yang menggunakan platform Snapdragon Cockpit. Ia akan dijual pada harga bermula $60,000 (~RM266,000) sebuah pada tahun 2024 dengan ia dibina oleh Geely di kilang Hangzhou Bay mereka

Komen