Cari @ Amanz

Penggunaan jam tangan pintar dalam kalangan memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari sesuatu sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Terdapat pelbagai pilihan yang disediakan di pasaran dan turut boleh dijadikan sebagai alat tambahan menjalani kehidupan seharian.

Baru-baru ini muncul beberapa gambar menunjukkan seutas jam tangan kanak-kanak daripada Fitbit. Tiada nama rasmi diketahui buat masa ini namun ia menampilkan rekaan yang menyerupai siri Fitbit Versa/Sense. Ini bermakna kerangka jam berbentuk segi empat dengan padanan tali silikon lebih berwarna-warni yang sinonim dengan kanak-kanak.

Terdapat dua butang fizikal bewarna merah dan hijau pada sisi kanan. Turut boleh dilihat lubang kecil yang dipercayai berfungsi sebagai mikrofon, sementara itu pembesar suara pula diletakkan pada sisi bertentangan. Tiada pengimbas nadi/jantung yang diberikan pada jam tangan ini. Sebaliknya bahagian belakang hanya menempatkan port untuk pengecasan.

Dalam pada itu mungkin ramai yang perasan, jam tangan ini juga mempunyai saiz bezel yang agak tebal. Namun dalam keadaan tertentu ia kemungkinan bertujuan memberi ruang untuk sokongan kamera terbina pada skrin utama. Kamera terbina ini boleh dianggap berguna bagi membolehkan para ibu bapa membuat panggilan video untuk memeriksa keadaa semasa anak-anak.

Tidak habis disitu, jam tangan ini juga dipercayai menyokong sambungan LTE dan GPS. Tiada maklumat mengenai ketersediaan tetapi menurut sumber pelancarannya dijangka sekitar tahun 2024 akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd