Carian
Orpheus Capital, Bateriku Jalin Usahasama Salur Pembiayaan Digital Kepada PMKS Tempatan
April 21, 2023 Amy Maizuraa

Orpheus Capital Sdn Bhd bersama syarikat pembekal bateri kenderaan, Bateriku (M) Sdn. Bhd. mengumumkan satu usaha sama strategik untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan digital khususnya bagi golongan pekerja dalam bidang automotif.

Kerjasama ini juga mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak ke arah inisiatif pemerkasaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan. Pada masa sama turut menggalakkan penggunaan teknologi dalam pengurusan kewangan dan operasi perniagaan.

Usahasama tersebut menyaksikan pihak Bateriku akan mengintegrasikan beberapa perkhidmatan di bawah Orpheus termasuk invois kewangan, pembiayaan kontrak dan pembiayaan GajiNow kepada semua pelanggan serta rakan niaga Bateriku khususnya di luar bandar.

Malah difahamkan, pelaksanaan sistem GajiNow dan pembiayaan PMKS itu akan memberi menfaat kepada lebih 200 pekerja serta dan rakan niaga Bateriku di seluruh negara terutama bagi yang memerlukan pembiayaan segera dan patuh syariah.

Pe­ngasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku (M) Sdn. Bhd., Azarol Faizi dalam kenyataan berkata, usaha itu dianggap sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG) dan Rangka Tindakan MyDIGITAL bagi memastikan golongan PMKS dan individu bergaji mempunyai akses pantas kepada pembiayaan kos yang berpatutan bertujuan mengembangkan perniagaan.

Komen