Carian
Apple Akan Memudahkan Pengguna Mengemaskini Kaedah Pembayaran Terus Dari Dalam Aplikasi
April 20, 2023 Fahim Zahar

Menambah atau mengemaskini kaedah pembayaran untuk Apple App Store agak melecehkan. Ini kerana ia tersorok sama ada pada tetapan akaun Apple ID atau di dalam App Store. Kadangkala kaedah pembayaran yang telah ditetapkan kerap bermasalah walaupun baki sudah disahkan masih ada.

Akan datang Apple akan mengubah perkara ini. Tetapi lebih kepada pengguna yang melanggan sesuatu mungkin seperti Netflix, Disney+ Hotstar, YouTube Premium dan banyak lagi perkhidmatan langganan lain.

Setiap bulan apabila sudah tiba masa untuk aplikasi mengenakan caj, jika pembayaran bermasalah pengguna dibenarkan mengemaskini atau menambah kaedah pembayaran terus dari dalam aplikasi. Bermakna pengguna tidak lagi perlu pergi ke tetapan Apple ID atau tetapan dalam App Store.

Apabila ada masalah pembayaran bulanan aplikasi akan mengeluarkan mesej untuk pengguna membaikinya segera. Ciri ini akan sedia terbina dalam iOS 16.4 dan iPadOS 16.4. Tetapi untuk pengguna menikmatinya pembangun setiap aplikasi haruslah mengintegrasi rangka-kerja (framework) StoreKit yang Apple berikan ke dalam aplikasi masing-masing.

Komen