Jika anda sudah membeli sebuah komputer gaming yang berkuasa, tidak kira samada ia desktop ataupun komputer riba, kini tiba pula masanya anda memiliki sebuah paparan skrin gaming untuk melengkapkan setup komputer anda.
Terkini di acara Acer GPC, Acer telah memperkenalkan paparan skrin gaming terbaru mereka yang dinamakan Predator X34 V, iaitu sebuah paparan skrin gaming melengkung yang menggunakan panel OLED bersaiz 34 inci dan hadir dengan resolusi UWQHD (3440×1440) dengan lengkungan 1800R dan kadar segar semula 175Hz.

Dari segi sokongan teknologi, ia hadir dengan sokongan untuk DisplayHDR TrueBlack 400 dan boleh mengolah 99 peratus gamut warna DCI-P3, AMD FreeSync Premium dan Variable Refresh Rate yang mengelakkan isu carikan grafik daripada berlaku.
Acer mengatakan bahawa paparan Predator X34 V ini akan ditawarkan di pasaran-pasaran terpilih pada suku keempat tahun ini pada harga $1299.