Imgur merupakan salah satu platform yang sering digunakan ramai dalam hos akan sesuatu gambar atau GIF sebelum ia diterbitkan pada laman perkongsian seperti Reddit atau sebarang forum.
Terbaru, Imgur mengumumkan beberapa perubahan pada terma dan syarat mereka, yang bakal berkuat-kuasa pada 15 Mei 2023 kelak.
Melaluinya, salah satu perubahan besar adalah dimana Imgur akan memadam kandungan yang dimuat-naik yang telah lama, tidak digunakan atau tidak aktif – yang tidak dipautkan ke sebarang akaun.
Ini bermakna, sekiranya anda pernah memuat-naik gambar tanpa log masuk ke akaun Imgur, maka kemungkinan besar kandungan yang dimuat-naik akan dipadam selepas sesuatu tempoh masa.
Disamping itu, Imgur juga turut mengambil langkah yang baik dengan mengharamkan sebarang kandungan lucah pada platform mereka.
- Sumber
- Imgur