Cari @ Amanz

Serentak dengan Vivo X Flip, Vivo X Fold2 turut dilancarkan. Ianya unik kerana adalah telefon skrin boleh-lipat pertama menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2. Peranti mempunyai dwi-skrin dengan skrin luar sebesar 6.56″ AMOLED 120Hz dan skrin dalaman pula 8.03″ AMOLED 120Hz. Seperkara lagi yang unik pada X Fold2 ialah ia dilengkapi juga dengan pengimbas cap jari bawah kedua-dua skrin.

Kesemua ini dipadankan dengan memori 12GB RAM LPDDR5X, storan sehingga 512GB UFS 4.0 dan bateri sebesar 4800 mAh yang menyokong pengecasan 120W berwayar dan 50W secara nirwayar. Kamera utama menggunakan lensa sudut lebar 50MP dengan OIS, lensa ultra sudut lebar 12MP dan lensa telefoto 12MP. Tiga kamera utama ini diletakkan di dalam sebuah bonggol berbentuk bulat.

Kamera swafoto sebesar 16MP digunakan pada skrin luar dan juga sebuah lagi sensor 16MP juga diletakkan di skrin boleh-lipat. Kedua-duanya diletakkan dalam lubang kamera. Cip V2 digunakan untuk pemprosesan imej dan video. Seperti siri X90, X Fold2 juga menggunakan lensa Zeiss. Sistem operasi yang digunakan pula ialah OriginOS 3 yang berasaskan Android 13.

Harga jualan Vivo X Fold2 di China adalah seperti di bawah. Ia ditawarkan dalam warna China Red, Azure Blue dan String Shadow Black.

  • Vivo Z Fold2 (12/256GB) – RMB 8999 (~RM5806)
  • VIvo X Fold2 (12/512GB) – RMB 9999 (~RM6451)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd