Carian
Vivo Pad 2 Kini Rasmi Dengan Skrin 2.8K 144Hz Dan Cip Dimensity 9000
April 20, 2023 Amy Maizuraa

Tablet baharu Vivo Pas 2 turut diumumkan secara rasmi pada hari ini. Penambahbaikan menarik dilakukan pada peranti pada tahun ini bagi menjadikan mampu berfungsi dengan lebih baik.

Misalnya seperti penggunaan cip MediaTek Dimensity 9000 dengan pilihan memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS.1. Ini dipadankan pula dengan bateri sebesar 10,000mAh yang sistem pengecasan berwayar 44W. Peranti juga menjalankan perisian terkini OriginOS 13 berasakan Android 13 yang juga menawarkan sambungan yang baik dengan telefon pintar dan komputer riba.

Konfigurasi kamera utama pula terdiri dengan 13MP dan 2MP bagi tujuan makro. Sementara kamera hadapan pula sebesar 8MP. Tablet ini juga memuatkan empat pembesar suara denga kuasa output 6W. Di samping sokongan beberapa aksesori seperti stylus dan papan kekunci pintar.

Kesemua ini dimuatkan dalam sebuah tubuh peranti yang mempunyai skrin LCD 12.1-inci beresolusi 2.8K dan kadar segar semula 144Hz. Tablet ini dijual di China dengan harga jualan bermula RMB8999 (~RM5806) untuk sebuah.

Komen