Twitter Mula Membuang Tanda Calit Biru Legasi Pada Akaun Pengguna
April 21, 2023
Web 2.0
Aman
Seperti dijanjikan, Twitter kini dilihat telah mula membuang tanda calit biru legasi pada akaun-akaun yang tidak melanggan Twitter Blue.
Dengan perubahan ini, Twitter kini hanya memperlihatkan tanda calit biru atau dikenali ramai sebagai “Verified” pada akaun yang melanggan Twitter Blue sahaja.

Twitter Blue ditawarkan pada harga langganan RM35 sebulan, dan menyertakan beberapa ciri tambahan termasuk kebolehan memuat-naik video yang lebih panjang durasinya, paparan iklan yang lebih sedikit, kebolehan Tweet lebih panjang, dan beberapa yang lain disamping tanda calit biru pada akaun pengguna.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.