Bersempena dengan musim perayaan, ramai yang akan meninggalkan kediaman di bandar, dan pulang ke kampung. Selari dengannya, ia sering dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa dalam memudahkan pemantauan kawasan kediaman dilakukan.

Pengguna boleh memaklumkan kepada pihak berkuasa dengan mengisi borang di balai polis berdekatan, atau lebih memudahkan lagi adalah dengan menggunakan aplikasi VSP atau nama penuhnya Volunteer Smartphone Patrol.
Menggunakan aplikasi tersebut, orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan, dan pada masa yang sama menggunakannya dalam membuat laporan balik kampung.

Data yang dihimpunkan akan digunakan dalam memudahkan polis membuat rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa.
Bagi anda yang ingin balik kampung, boleh menggunakan aplikasi VSP ini di iPhone dan Android hari ini.
- Sumber
- Polis Keningau