WhatsApp kini mula memperkenalkan sebuah ciri baharu pada perkhidmatan permesejan mereka, membolehkan seseorang penerima untuk memilih menyimpan mesej dihantar yang menghilang (Disappearing Message) – sekiranya dibenarkan oleh penghantar.

Melalui ciri ini, apabila anda menerima sebarang mesej penting dibawah label Disappearing Message, anda boleh tap pada mesej berkenaan, dan seterusnya memilih untuk menyimpan ia.
Sebaik sahaja itu, sebuah notifikasi akan dihantar kepada penghantar, dan memberikan mereka kebebasan untuk membenarkan perkara tersebut atau sebaliknya.
Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.