Cari @ Amanz

Apple kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah lagi aplikasi dibawah penawaran mereka, dengan memfokuskan kepada ciri menulis jurnal atau diari.

Aplikasi ini akan bersaing dengan beberapa yang lain di pasaran, termasuk salah satu yang popular adalah Day One.

Apple dijangka memposisikan aplikasi ini dalam arena kesihatan mental. Ia akan memudahkan pengguna mencatatkan perkembangan dan kehidupan harian, disamping turut menganalisa kelakuan pengguna, termasuk melihat berapa masa yang dihabiskan di luar rumah, dan beberapa ciri lain.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi ini akan diperkenalkan. Apple sedia menjadualkan acara WWDC pada bulan Jun kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd