Carian
Google Bard Kini Boleh Menulis Kod Dalam Lebih 20 Bahasa Pengaturcaraan
April 21, 2023 Aman

Google Bard merupakan penawaran chatbot yang diintegrasikan dengan kecerdasan buatan oleh pihak Google. Buat masa ini, ia masih ditawarkan secara terhad kepada beberapa pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

Masih pada peringkat pembangunan, dan diposisikan sebagai pesaing Bing Chat, kini Google berkongsi menyatakan Bard telah dinaik-taraf dengan kebolehan membantu dalam pengaturcaraan.

Kini, Bard dikatakan boleh menjana kod, melakukan debug, serta menerangkan sesuatu kod pengaturcaraan.

Bard juga menyokong lebih 20 bahasa pengaturcaraan buat masa ini, termasuk C++, Java, Javascript, Go, Python, dan Typescript.

Dengan langkah ini, ia sekaligus dijangka akan memudahkan tugasan para pengaturcara seluruh dunia.

Disamping pengaturcaraan, Google turut menyatakan Bard boleh membantu dalam melakukan dan menulis fungsi pada Google Sheets.

Komen