Carian
Arm Ingin Membangunkan Semikonduktor Tersendiri Dalam Memperlihatkan Keupayaan Produk
April 23, 2023 Aman

Arm yang sedia terkenal dengan penawaran rekabentuk cip untuk pengeluar lain, kini dilaporkan dalam usaha untuk menghasilkan semikonduktor mereka tersendiri.

Usaha ini dikatakan adalah sebahagian daripada kaedah dalam memperlihatkan keupayaan produk mereka – sekaligus menarik pelanggan baharu untuk produk-produk serta perkhidmatan Arm.

Arm tiada perancangan untuk menjual semikonduktor berkenaan, dan buat masa ini ia hanya untuk tujuan prototaip.

Dengan penghasilan semikonduktor sendiri ini, ia akan membolehkan Arm memperlihatkan keupayaan cip rekaan dan keluaran mereka untuk pelbagai peranti, termasuk telefon pintar, komputer riba, mahupun peralatan elektronik lain.

Buat masa ini, terdapat sejumlah pengeluar yang menggunakan cip rekaan Arm, termasuk antaranya Qualcomm dan Samsung. Malah, baru-baru ini, Intel telah umum kerjasama dengan Arm dalam mengeluarkan cip menggunakan teknologi Arm melalui kilang Intel.

Komen