Carian
ChatGPT Dianggar Menelan Kos Operasi Sebanyak RM3.1 Juta Sehari
April 23, 2023 Aman

ChatGPT sedia mencuri perhatian ramai kebelakangan ini dalam penawaran akses kepada kecerdasan buatan dalam melaksanakan sejumlah tugasan dengan menggunakan input berasaskan teks. Pengguna boleh mendapatkan pelbagai cadangan, penulisan artikel, malah turut mendapatkan bantuan dalam pengaturcaraan dan pembangunan sesuatu produk – dengan antaramuka dalam bentuk chat.

Populariti ChatGPT turut membawa ia digunakan lebih 100 juta pengguna seluruh dunia dalam masa yang sangat pantas berbanding pelbagai aplikasi media sosial lain.

chatgpt

Terbaru, mengikut anggaran penganlisa di SemiAnalysis, ia dianggarkan ChatGPT menelan kos operasi sekitar $700,000 atau RM3.1 juta sehari. Kos ini dianggarkan untuk memastikan chatbot tersebut kekal beroperasi dari hari ke hari, dan menampung kadar trafik semasa. Ia dianggarkan OpenAI memerlukan hampir 30,000 GPU, atau secara tepatnya 28.936 GPU dalam memastikan ChatGPT beroperasi.

Sebelum ini, ia telah dikatakan Microsoft ingin membangunkan cip kecerdasan buatan mereka tersendiri dalam mengurangkan kos operasi. Sekiranya perkara berkenaan berjaya, maka kos operasi ChatGPT ini akan dikurangkan dengan drastik berbanding hari ini.

Disamping ChatGPT, pelbagai perkhidmatan lain turut menggunakan kuasa operasi GPU yang tinggi dalam menjayakan kecerdasan buatan. Ia turut dianggarkan Google mungkin perlu menelan belanja berbilion ringgit sekiranya setiap carian di Google dikuasakn enjin kecerdasan buatan.

Komen