Cari @ Amanz

China kini sedang melihat kepada kaedah pembinaan habitat serta penempatan di Bulan, melalui penggunaan teknologi percetakkan 3D, menggunakan bahan-bahan serta mineral yang terdapat di satelit semulajadi Bumi tersebut.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat penyelidikkan awal. Untuk menjayakan perkara berkenaan, China akan menghantar beberapa misi ke bulan – termasuk untuk mengkaji persekitaran serta komposisi mineral di bulan.

Pelbagai data akan diambil dan dikaji untuk melihat sama ada teknologi percetakkan 3D boleh digunakan untuk pembinaan habitat di Bulan.

China menyasarkan untuk menghantar angkasawan ke Bulan menjelang 2030 kelak. Dan sekiranya ingin menetap untuk tempoh lama, sebuah stesen angkasa perlu dibina menggunakan bahan-bahan di Bulan, sekaligus menjadikan ia sebuah habitat atau tempat persinggahan sebelum ke eksplorasi angkasa lanjutan. Dengan membina penempatan di Bulan juga akan membolehkan kajian lanjut berkenaan Bulan dilaksanakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd