Carian
Google Authenticator Kini Menyokong Sandaran Ke Awanan
April 25, 2023 Effi Saharudin

Selepas Twitter mematikan sokongan SMS sebagai pengesanan dwi-faktor (2FA) untuk pengguna biasa, ramai yang merungut aplikasi ini hanya menyokong satu peranti sahaja. Kami menyarankan penggunaan Google Authenticator atau kunci sekuriti sebagai cari lain mengelakkan akaun digodam. Jika ia tidak dapat diakses da kod kecemasan tidak disandarkan, akaun akan terkunci. Pagi ini Google Authenticator telah dikemaskini bagi membolehkan sandaran akaun ke awanan.

Dengan sandaran ini, segala akaun yang pengguna yang memerlukan Authenticator boleh dikembalikan ke peranti baharu dan diselarikan pada peranti-peranti lain yang dimiliki. Ini akan berguna sekiranya peranti asal yang digunakan dengan Authenticator hilang, dicuri atau rosak. Ini adalah ciri yang alam diminta oleh pengguna Autheticator sejak di dilancarkan pada tahun 2010.

Untuk menggunakan sendiri ciri ini, sila kemas kini Authenticator ke versi terkini pada peranti Android (versi 6.0) dan iOS (versi 4.0) anda sekarang. Serentak dengan pengenalan ciri baharu ini, logo aplikasi juga telah diubah untuk kelihatan lebih selari dengan aplikasi Google yang lain.

Komen