Cari @ Amanz

Twitter membuang calit biru legasi pada akaun yang tidak membayar langgan Twitter Blue. Tindakan ini menerima kecaman majoriti penerima calit biru legasi. Semalam secara tiba-tiba ia dikembalikan semula pada akaun yang mempunyai lebih 1 juta akaun. Di Malaysia misalnya akaun mantan PM Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Mahiaddin kini kembali mempunyai calit biru.

Tiada kenyataan rasmi daripada Twitter mengatakan mengapa ia hanya diberikan kepada akaun dengan lebih 1 juta pengikut sahaja. Jumaat lalu Elon Musk mengaku menaja langganan Blue untuk LeBron James, Stephen King dan William Shatner yang merupakan tiga orang jutawan.

Sejurus selepas calit biru dikembalikan kepada akaun legasi, ramai pemilik mengeluarkan kenyataan menafikan mereka melanggan kepada Blue seperti yang didakwa pada lama jika ikon calit biru ditekan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd