Tahun ini Samsung menerima persaingan cukup sengit daripada Oppo, Vivo, Honor, Huawei dan Xiaomi yang melancarkan peranti skrin boleh-lipat dengan rekaan lebih nipis. Rekaan siri Z Fold dan Z Fip kini nampak ketinggalan kerana engsel yang tidak dapat ditutup sepenuhnya. Terkini Sammobile melaporkan, Samsung Galaxy Z Fold4 dan Z Flip5 akan dilancarkan pada bulan Julai ini.

Sebuah acara Unpacked dijadualkan berlangsung pada penghujung Julai ini yang adalah lebih awal berbanding pelancaran peranti siri ini pada pertengahan Ogos. Ini mungkin dilakukan bagi memberikan persaingan kepada peranti skrin boleh-lipat lain termasuk Google Pixel Fold yang dijangka dilancarkan di Google I/O pada bulan Mei hadapan.
Persaingan yang sengit bakal berlaku kerana sealam ini Samsung hampir tidak ditentang kerana penjualan peranti yang terhad di pasaran China. Oppo Find N2, Find N2 Fold dan Honor Magic Vs misalnya kami rasakan adalah produk yang mempunyai perkakasan yang lebih baik berbanding yang ditawarkan Samsung. Kelebihan Samsung masih terletak pada perisian pada waktu ini. Jika perubahan tidak dilakukan, dominasi mereka dalam segmen ini akan terancam.
- Sumber
- Sammobile