Carian
Universiti Di Amerika Menawarkan Biasiswa Kepada Mahasiswa Yang Tidak Menggunakan Telefon Pintar
April 25, 2023 Effi Saharudin

Di Malaysia biasiswa ditawarkan kepada pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama. Dalam kes lebih kecil, ia ditawarkan juga kepada pelajar yang datang dari latar belakang kurang berkemampuan bagi mengurangkan beban kepada penjaga. Tetapi di Amerika Syarikat,  Franciscan University of Steubenville menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berjanji tidak menggunakan telefon pintar sepanjang tempoh pengajian.

Pelajar

Unplugged Scholarship adalah buah fikiran kumpulan alumni universiti yang ingin mengembalikan hubungan sebenar antara pelajar dan juga tuhan. Sebagai sebuah universiti keagamaan, pelajar hanya diminta untuk memberikan tumpuan kepada hubungan sebenar antara pelajar lain, berdoa dan mendekatkan diri kepada tuhan sebagai bayaran kepada biasiswa yang diterima.

Sebanyak 30 pelajar dipilih dalam program rintis yang dilancarkan September tahun lalu. Sungguhpun begitu lebih 50 pelajar kampus turut berikrar tidak menggunakan telefon pintar walaupun tidak menerima biasiswa $5000 untuk menanggung yuran pengajian.

Selepas menerima biasiswa, universiti tidak akan memeriksa sama ada pelajar tidak menggunakan telefon pintar kerana ia adalah perjanjian antara mereka dan tuhan. Jika biasiswa seperti ini wujud di Malaysia adakah anda sanggup tidak bertelefon pintar sepanjang tempoh pengajian?

Komen