Huawei kini menjadualkan acara pelancaran telefon pintar terbaru mereka, pada 11 Mei 2023. Pada acara berkenaan, Huawei bakal memperkenalkan produk mercu mereka untuk tahun 2023 ini, iaitu Huawei P60 Pro, bersama-sama dengan beberapa produk lain.

Huawei P60 Pro merupakan telefon mercu yang hadir dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, menggunakan kamera utama 48-megapixel di belakang yang dilengkapkan bersama sensor telefoto, dan juga sensor sudut ultra lebar. Huawei menggunakan penjenamaan teknologi kamera XMAGE yang dibangunkan sendiri menggantikan jenama Leica sebelum ini.

Rekaan telefon pintar kali ini juga agak unik, dengan rekaan kerangka belakang berinspirasikan batu marmar, sekaligus menawarkan rekaan berbeza bagi setiap telefon di pasaran.
Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan 11 Mei ini untuk melihat sendiri penawaran telefon pintar ini.