Tahun lalu pengeluaran telefon pintar baharu dunia mengecut 12% berbanding tahun 2022 kerana tekanan ekonomi pasca pandemik yang masih dapat dirasakan. Ini tidak dibantu oleh harga jualan telefon pintar baharu yang juga semakin meningkat. Tetapi menurut Counterpoint Research, sebaliknya berlaku pada pasaran telefon pintar terpakai global.

Menurut mereka jualan telefon pintar terpakai meningkat 5% tahun lalu berbanding 2021. Apple iPhone memegang 49% pasaran diikuti oleh Samsung 26%, Oppo (3%), Vivo (3%) dan Huawei (2%). Peranti pengeluar lain pula memegang 17% pasaran. iPhone menunjukkan peningkatan daripada 44% tahun 2021.
Pengguna yang mencari penjimatan membeli peranti terpakai bagi mengurangkan kos membeli peranti “baharu”. Di Amerika Syarikat, penjualan iPhone terpakai pada harga yang lebih murah menyebabkan iPhone semakin menjadi telefon pintar dengan pengguna tertinggi. Ia secara tidak langsung membuatkan pasaran telefon Android mampu milik terjejas.
- Sumber
- Counterpoint Research