Tahun lepas Samsung telah memperkenalkan aplikasi suntingan gambar menggunakan kecerdasan buatan Galaxy Enhance-X. Ketika dilancarkan aplikasi ini boleh mengubah dengan bijak kecerahan sesuatu gambar, boleh menambah kesan HDR, membuang pantulan imej pada sesuatu permukaan, menjadikan wajah seseorang lebih jelas atau juga mengoptimasikan imej potret.
Terkini Samsung telah mengemaskini aplikasi ini untuk digunakan pada peranti Samsung Galaxy S23. Samsung turut menambah beberapa ciri menarik menjadikan aplikasi ini lebih hebat dan berguna lebih-lebih lagi kepada pengguna yang kurang tahu menyunting gambar atau mengambil gambar dengan baik.
Pertama Samsung memudahkan lagi menggunakan ciri Magic yang satu tekan akan terus membaiki imej yang dikesan ada banyak masalah seperti mengurangkan hingar, menambah butiran, menghilangkan kesan kabur, dan banyak lagi. Ciri Upscale turut ditambah contohnya imej 300 x 400 piksel boleh dijadikan sebagai 1200 x 1600. Samsung turut membenarkan pengguna membuang bayang-bayang dalam imej agar nampak lebih jelas.
Menurut Samsung aplikasi Galaxy Enhance-X baharu ini terhad untuk untuk pengguna Galaxy S23 sahaja dan akan dikemaskini ke versi penuh untuk pengguna Galaxy S223 dan siri Galaxy A di masa akan datang.