Cari @ Amanz

Kecerdasan buatan generatif (AI) mengubah bagaimana karangan pelajar ditulis, imej dijana dengan teks dan membuatkan sesetengah kerjaya terancam. Kita tidak boleh lari daripada pengguna AI yang kini sudah diguna pakai pada pelbagai aplikasi harian seperti Bing Search contohnya. Bagi pengguna Canva, kini terdapat AI yang boleh menyunting pakaian pada tubuh dalam gambar yang dimuat naik.

Ciri Magic Edit yang diperkenalkan pada penghujung minggu lalu memberikan kemampuan mengubah bukan sahaja baju yang dipakai malahan elemen lain dalam gambar. Gunakan alat berus untuk memilih kawasan yang ingin dibuat seperti baju misalnya. Kemudian masukkan teks ia perlu diubah kepada baju yang lain. Contohnya mengubah baju kolar bulat ke baju kemeja yang profesional.

Magic Edit kemudian akan menjana imej baharu dengan suntingan yang dikehendaki oleh pengguna Canva. Ciri ini boleh digunakan secara percuma pada waktu ini tanpa langganan Pro. Ia dihadkan kepada 25 kali sehari sahaja untuk setiap pengguna. Untuk menggunakannya pergi ke bahagian Edit Photo dan pilihan Magic Edit. Magic Edit Beta diakses pada aplikasi telefon pintar dan juga pelayar web sekarang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd