Cari @ Amanz

Penggunaan perkhidmatan kecerdasan buatan kini semakin berleluasa. Banyak yang menggunakan teknologi GPT seperti ChatGPT, Bing Chat dan banyak lagi. Satu aplikasi ChatGPT baharu untuk iOS iaitu Petey mungkin akan menarik minat anda jika anda mempunyai duit raya lebih untuk bukan sahaja membeli tetapi juga melanggan Petey untuk menggunakannya.

Petey baru-baru ini dikemaskini untuk sokongan disambungkan ke Apple Music. Melaluinya pengguna boleh meminta Petey untuk mencipta senarai main muzik atau menambah muzik ke pustaka Apple Music anda.

Untuk menggunakannya anda hanya perlu masukkan teks seperti “Create playlist about robots” dan Petey akan menyenaraikan lagu seperti Robot Boy oleh Linkin Park, Robot Rock oleh Daft Punk, Robot oleh T-Pain dan banyak lagi. Malah pengguna turut boleh dapatkan maklumat tambahan mengenai sesuatu lagu menerusi NowPlaying – Liner Notes iaitu satu lagi aplikasi oleh pembangun sama Petey.

Untuk menggunakan Petey aplikasi ini dijual pada harga RM19.90 untuk GPT 3.5 pada Apple Watch dan percubaan Petey Basic. Kemudian jika pengguna ingin menggunakan ciri-ciri dan fungsi yang ditawarkan bayaran tambahan perlu dilakukan seperti GPT 4.0 pada harga RM 19.90 sekali bayar atau RM99.90 sebulan untuk Petey Premium yang menyertakan semua fungsi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd