Telefon pintar merupakan “teman baik” yang sangat penting pada zaman kini kerana ia menyimpan pelbagai data sama ada data berkaitan kerja sehinggalah memori kenangan peribadi. Tanpa telefon bimbit, anda tidak akan mampu menjalankan aktiviti harian seperti biasa dan kami pasti anda tidak akan dapat menanggung kesakitan apabila data telefon anda dicuri oleh pihak lain.

Oleh itu, Samsung telah memperkenalkan peranti kelas pertengahan yang terbaharu dengan meningkatkan ciri keselamatan yang lebih baik berbanding siri Samsung sebelumnya. Ia menerusi pelancaran peranti baharu mereka, Samsung Galaxy A54 dan Samsung Galaxy A34. Jika anda merupakan peminat Samsung sejak dulu, ciri baru ini bakal membuatkan anda teruja terutamanya jika anda seorang yang mementingkan tentang soal ketahanan dan sekuriti peranti.
- Dilengkapi Samsung Knox, Pengguna Dapat Mengemaskini Ciri Keselamatan Peranti Selama 5 Tahun
Pertama sekali, dengan peranti Samsung yang terbaharu ini, anda akan dapat menikmati 5 tahun kemaskini keselamatan dan akan dilengkapi dengan Samsung Knox sebagai lapisan keselamatan yang telah siap terbina. Dengan ini, sistem keselamatan peranti akan lebih diperketatkan sekaligus membantu untuk menambah baik pengalaman anda ketika menggunakannya.
Tambahan lagi, peranti Samsung juga hadir dengan papan pemuka sekuriti baharu yang menunjukkan keseluruhan status keselamatan peranti anda. Bagi anda yang mudah berasa bimbang dengan keselamatan aplikasi di peranti, anda boleh memilih sama ada untuk menyekat atau membenarkan data anda diakses melalui aplikasi-aplikasi yang anda pilih.
Selain itu, berita baik untuk anda yang suka bergambar, anda kini boleh berkongsi gambar dengan kawan-kawan terdekat melalui Private Share dimana anda boleh menetapkan seberapa banyak penerima gambar dalam had masa yang ditetapkan. Malah, fungsi ini juga dapat memisahkan untuk tidak kongsikan gambar hasil tangkapan layar dan juga gambar yang sama berulang kali.
- 4 Kali Kemaskini Generasi Android Os
Kawan yang baik merupakan kawan yang sentiasa ada untuk kita. Dengan peranti Samsung Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G, anda akan mendapat “sahabat baik” selama 5 tahun kerana Samsung membolehkan telefon pintar anda menerima kemaskini generasi Android OS yang terbaru sehingga 4 kali. Walaupun ia bukanlah sesuatu yang baharu, namun dengan sokongan kemaskini sehingga 4 kali ini, ia membantu untuk memanjangkan jangka hayat peranti untuk menjadikannya masih relevan dalam masa yang lama. Ini sekaligus dapat meningkatkan pengalaman anda sebagai pengguna Samsung yang sedia ada atau sebagai pengguna baru.

Peranti ini dilengkapkan dengan sistem operasi yang terkini berasaskan Android 13, yang menggunakan antaramuka One UI 5.1. Sokongan antaramuka ini ia membolehkan anda untuk memperibadikan sendiri gambar dan video untuk dijadikan sebagai skrin kekunci atau imej latar belakang mengikut kesukaan anda. Untuk lebih kreativiti, anda boleh membuat pelekat (sticker), emoji dan GIF Meme terus dari peranti Samsung anda.
- Samsung Menjanjikan 2 Tahun Jaminan Peranti

Apa yang lebih menarik kali ini adalah Samsung telah menjanjikan anda 2 tahun jaminan peranti secara percuma. 2 tahun jaminan ini merangkumi 1 tahun jaminan seperti biasa bersama 1 tahun lagi jaminan tambahan yang dipanjangkan.
Ini secara tidak langsung menambah jangkahayat peranti anda. Jadi, ketahui lebih lanjut mengenai perlindungan jaminan dan jangan lupa untuk mendaftarkan peranti Samsung anda. Ia adalah untuk memastikan pihak Samsung dapat membantu menyelesaikan permasalahan anda berkaitan peranti dengan lebih efisien.
Kesimpulannya, Samsung Galaxy A54 5G dan Samsung Galaxy A34 5G merupakan peranti kelas peretengahan yang serba boleh dan mampu memberikan anda nilai yang terbaik disamping harga yang cukup memuaskan. Tambahan lagi, ini merupakan langkah yang bijak dari Samsung kerana sekuriti peranti merupakan perkara asas yang perlu diambil berat kerana kepentingannya dalam memastikan keselamatan data pengguna dalam keadaan yang baik. Oleh itu, jadikan Samsung Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G sebagai teman baik anda sepanjang 5 tahun dan nikmati kemaskini sistem operasi sehingga 4 generasi mulai hari ini.
Samsung Galaxy A34 5G dijual pada harga RM 1,599 manakala Samsung Galaxy A54 5G dijual pada harga RM 1,899. Anda boleh membeli peranti ini menerusi kedai Samsung seluruh Malaysia, termasuklah laman rasmi Samsung dan juga pengedar sah seluruh Malaysia.
- Info
- Beli: Samsung Galaxy A34 | A54 5G
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia