Kereta Proton Mula Menerima Kemaskini Pangkalan Data Peta Untuk Navigasi
April 25, 2023
Automotif
Aman
AcoTech, penyedia sistem inforia pada kereta Proton, kini telah mengumumkan penawaran kemaskini pemetaan untuk navigasi pada kenderaan.
Melalui kemaskini yang ditawarkan berperingkat ini menawarkan muat-turun pada pengkalan data peta, sekaligus membawa kepada sokongan navigasi yang lebih jitu berbanding sebelum ini.

Kemaskini baharu ini ditawarkan kepada model kereta Proton X50, Proton X70, Iriz Active dan juga Persona Premium.
Bagi anda yang menggunakan kereta berkenaan, boleh menyemak dan melakukan kemaskini untuk menikmati pangkalan data baharu ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.