Selain Twitter Blue sebagai langganan untuk mendapatkan tanda calit biru dan ciri-ciri menarik, Twitter turut mempunyai perkhidmatan lain iaitu Subscription. Sebelum ini ia digelar sebagai Super Follows di mana pengguna Twitter boleh melanggan kepada akaun Twitter terpilih seperti selebriti atau pempengaruh menjana pendapatan.
Melalui langganan Subscription ini, akaun yang menggunakannya boleh menawarkan kandungan eksklusif seperti ciapan khas, video dan macam-macam lagi kepada pengikut yang berbayar.

Elon Musk iaitu pemilik Twitter turut mengaktifkan ciri ini pada akaun beliau. Dalam satu ciapan baru-baru ini beliau mendedahkan yang terdapat lebih 24,700 pengguna Twitter telah melanggan ke akaun beliau. Di Malaysia harga langganan Subscription adalah RM19.90 pada iOS dan RM18.99 di Android. Bermakna Musk menjana sekitar RM491.530 setiap bulan.

- Sumber
- Elon Musk