Carian
Netflix Melabur $2.5 Bilion Di Korea Selatan Untuk Menerbitkan Filem Dan Siri TV Asli
April 25, 2023 Effi Saharudin

Kandungan K-Drama dan filem dari Korea Selatan di Netflix akan semakin meningkat dalam masa terdekat. Platform penstriman nombor satu dunia ini telah melakukan pelaburan bernilai $2.5 bilion (~RM 11.1 bilion) di Korea Selatan hari ini bagi menerbitkan filem dan siri TV untuk mereka.

Squid Game Poster

Ini adalah pelaburan dua kali ganda lebih tinggi berbanding yang dilakukan pada tahun 2016. Pengumuman dilakukan oleh Presiden Yoon Suk Yeol dan CEO bersama Netflux Ted Sarandos. Sejak melakukan pelaburan di Korea Selatan, Netflix menjadi platform penstriman piihan untuk peminat kandungan dari negara tersebut.

Bermula dengan Kingdom, Netflix mempunyai beberapa siri yang menerima sambutan hangat di peringkat global seperti Squid Game, Physical 100 dan Extraordinary Attorney Woo. Beberapa filem asli juga diterbitkan khusus untuk Netflix seperti Okja dan The Tunnel. Korea Selatan berjaya mengeksport kandungan kreatif mereka ke peringkat global. Pada waktu yang sama kandungan asli dari Malaysia di Netflix semakin mati segan hidup pun segan.

Komen