Cari @ Amanz

AMD melancarkan cip Ryzen Z1 dan Z1 Extreme semalam yang dihasilkan khusus untuk konsol mudah alih generasi seterusnya. Ia adalah cip berasaskan senibina Ryzen Zen 4 berteknologi 4bm dan dilengkapi GPU RDNA 3. ASUS ROG Ally ialah konsol pertama yang disahkan menggunakan kedua-dua cip ini dan pada peringkat awal ia akan digunakan secara eksklusif oleh ASUS.

AMD Ryzen Z1 dilengkapi enam teras CPU ZEN 4 dan GPU empat teras RDNA 3. Dari segi prestasi, cip ini mempunyai kuasa memproses mencecah 2.8 Teraflops. Sementara itu AMD Ryzen Z1 Extreme pula dilengkapi lapan tras CPU ZEN 4 dan GPU dua belas teras RDNA 3 untuk prestasi yang lebih tinggi. Ini memberikannya prestasi kuasa mencecah 8.6 Teraflops.

Cir grafik AMD Radeon Super Resolution (RSR), Radeon Chill, Radeon Image Sharpening dan AMD Link turut disokong dengan kedua-dua cip ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd