Carian
Poco F5 Akan Dijana Dengan Cip Snapdragon 7+ Gen 2
April 26, 2023 Fahim Zahar

Peranti Poco yang dulu kita kenal sudah berubah. Mereka tidak lagi menjadi pembunuh peranti mercu sebaliknya banyak fokus kepada peranti kelas pertengahan premium. Peranti terbaru yang akan dilancarkan nanti adalah Poco F5.

Butiran peranti ini masih samar-samar tetapi Twitter Snapdragon India mendedahkan yang Poco F5 akan dijana dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2. Menjadikan peranti pertama pasaran luar China menggunakan cip ini.

Menurut Snapdragon cip ini akan memberi 50% lebih berkuasa berbanding Snapdragon 7+ generasi sebelum, 13% lebih efisien, 2x ganda prestasi kecerdasan buatan, menggunakan rekaan 4nm dan menyokong WiFi 6.

Poco F5 dikatakan adalah peranti Redmi Note 12 Turbo dan mungkin dilengkapi dengan memori 12GB RAM dan 256GB storan dalaman. Kamera dikatakan mungkin menyokong 200MP. Bila peranti ini dilancarkan masih belum didedahkan lagi. Sama-sama kita nantikan.

Komen