WhatsApp Status adalah ciri seakan Instagram Stories yang membolehkan pengguna kongsi mesej suara, gambar atau teks terus pada aplikasi pemesejan ini. Secara lali semua kenalan boleh melihat Status pengguna kecuali jika disembunyikan melalui tetapan privasi.
Baru-baru ini WABetaInfo melaporkan yang Meta sedang membangunkan ciri baharu pada WhatsApp. Ciri ini adalah WhatsApp boleh terus berkongsi Status yang pengguna siarkan ke Facebook secara automatik.

Ini adalah ciri sama yang sedia ada pada Instagram di mana Stories boleh dikongsi ke Facebook secara automatik. Seperti Instagram, pada WhatsApp nanti akan ada pilihan “Always share to Facebook story” untuk rentas-siar Status kepada dua platform serentak.
Buat masa ini tidak pasti jika ciri ini akan diaktifkan secara lalai atau apabila ditawarkan pengguna bebas memilih untuk sentiasa kongsi Status ke Facebook atau hanya di WhatsApp sahaja. Sama-sama kita nantikan.
- Sumber
- WABetaInfo