Google melalui syarikat induk Alphabet telah mengumumkan penyata kewangan untuk suku tahunan terakhir, sekaligus memperlihatkan pergerakkan pendapatan dan syarikat berkenaan.
Melalui data yang dikongsikan, salah satu perkara yang dilihat adalah pendapatan pengiklanan oleh YouTube dilihat terus berkurangan pada suku tahunan terakhir sebanyak 2.6% berbanding tahun lepas. Ini sekaligus menjadikan pendapatan pengiklanan YouTube berkurangan untuk suku tahunan kali ketiga secara berturutan kebelakangan ini.
Ia tidak diketahui bagaimanakah kesan terhadap pendapatan pengiklanan YouTube dari segi langganan dan pendapatan berkaitan lain.
Pengiklanan menjadi antara sumber pendapatan utama pada platform video berkenaan, dan hasil daripadanya juga turut dikongsikan bersama para penerbit kandungan di platform video tersebut. Dengan pengurangan pendapatan YouTube, tidak mustahil ia juga akan memberikan kesan terhadap pendapatan para penerbit kandungan di platform tersebut.